AMALAN 5S AMALAN 5S

 Amalan 5S
 

 

MATLAMAT QE/5S Dapat Diiktiraf Sebagai Pihak Berkuasa Tempatan Model 5S Kalangan Pihak BerkuasaTempatan Negeri Melaka Khususnya Dan Malaysia  Amnya


SLOGAN QE/5S

Kami Membudayakan Amalan 5S POLISI QE/5S Kita perlu secara berterusan mengekalkan Standard Amalan 5S yang terbaik di tempat kerja, melalui gerak kerja berkumpulan dan disiplin diri di kalangan anggota MPAG

 

OBJEKTIF QE/5S

1)           Pencapaian produktiviti (KPI) melebihi 90% setiap bulan
2)           Pencapaian penyampaian perkhidmatan   (Piagam Pelanggan) melebihi 90% setiap bulan
3)           Tahap kepuasan pekerja melebihi 90% setiap tahun
4)           Tahap kepuasan pelanggan melebihi 90% setiap tahun
5)           Mengawal perbelanjaan operasi tidak melebihi bajet
6)           Mewujudkan semangat kerja berpasukan

PENGIKTIRAFAN SIJIL 5S

 

 

 TEKNIK PENGURUSAN 5S

 SENTIASA  -     Melatih individu mengamalkan system 5S secara berterusan agar ianya  menjadi satu kalaziman dan membentuk satu budaya dalam organisasi.
       
 SERAGAM -   Mengekalkan keseragaman pengurusan tempat kerja yang baik dengan memastikan semua barangan sentiasa bersih dan teratur
       
 SAPU  -   Membersih dan memeriksa tempat kerja dengan rapi agar tiada habuk atau kotoran di lantai, mesin dan peralatan
       
 SUSUN   -   Menyusun barangan yang diperlukan dengan kemas dan sistematik agar  ianya mudah diambil dan disimpan semula ditempatnya.
       
 SISIH   -   Menyisihkan dan membuang barangan yang tidak diperlukan di tempat kerja secara sistematik


 FAEDAH MELAKSANAKAN AMALAN 5S

 -          Tempat kerja lebih bersih dan teratur

 -          Tempat kerja menjadi lebih selamat

 -          Meningkatkan idea dan inovatif  dikalangan anggota kerja

 -          Mengurangkan masa pencarian  terutama dalam mengesan fail

 -          Kemudahkesanan bagi pemantauan asset

 -          Meningkatkan kecekapan dan produktiviti

  • Bagi memastikan Amalan 5S dilaksanakan dengan berkesan perlunya komitmen dan penglibatan semua Pihak daripada Ketua Jabatan hingga ke jawatan yang paling rendah.
  • Audit Pengawasan oleh Malaysian Produktiviti Corporation (MPC) akan di adakan pada setiap tahun bagi memastikan Amalan 5S dilaksanakan secara berterusan.
  • MPAG akan memperluaskan Amalan 5S bukan sahaja di pejabat malahan juga di premis-premis makanan.

Muka surat: 1  2