MENU

Kerajaan Negeri Melaka melalui kerjasama diantara Majlis Perbandaran Alor Gajah dan PLANMalaysia telah menjalankan satu kajian khusus terhadap kawasan pesisir pantai ini, iaitu Kajian Rancangan Kawasan Khas Tanjung Bidara - Pengkalan Balak. ia melibatkan kawasan pesisir pantai dan persekitarannya sepanjang kira-kira 7.8 yang bermula dari Pantai Tg. Bidara, Pantai Balik batu, Pantai Padang Kemunting, dan Pantai Telok Gong dengan keluasan kawasan kajian seluas 525.62 hektar ia

turut merangkumi zon-zon kediaman, kawasan pertanian, infra struktur serta utiliti lainnya.

 

Secara umumnya kajian ini mengenalpasti setiap potensi yang ada untuk diketengah dan dibangunkan secara sistematik selaras dengan dasar-dasar di peringkat negeri dan juga nasional. Pada masa yang sama setiap permasalahan dan isu yang timbul ditangani menerusi pelan tindakan pembangunan yang komprehensif dan praktikal melalui perancangan fizikal dan pembangunan spatial yang mampan, moden, berdaya saing dan menarik bagi tujuan pelaksanaan.

 

Antara isu-isu utama yang telah dikenalpasti dan perlu ditangani secara bersepadu adalah:

  1. Hakisan Pantai
  2. Pemajuan Tanpa Kelulusan
  3. Pencerobohan Tanah Kerajaan di Pesisir Pantai
  4. Sistem Jaringan Jalan Yang Tidak Efisien
  5. Ancaman Terhadap Pendaratan Penyu Karah
  6. Pencemaran Sungai Tuang
  7. Sistem Perparitan dan Pembentungan Yang Tidak Sempurna

Draf Rancangan Kawasan Khas Tanjung Bidara – Pengkalan Balak ini merupakan wawasan, matlamat dan cadangan untuk memandu pembangunan kawasan tanjung bidara – pengkalan balak bagi 15 tahun akan datang.

 

Untuk itu Program Publisti  dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Kawasan Khas Tanjung Bidara – Pengkalan Balak adalah sebagai medium kepada orang awam, pemilik tanah dan juga pihak berkepentingan untuk memberi pandangan, cadangan dan idea

 

Marilah kita bersama-sama merancang pembangunan masa hadapan kawasan Tanjung Bidara – Pengkalan Balak.