MENU

DEFINASI RANCANGAN TEMPATAN DAERAH  

Akta Perancang Bandar dan Desa 1976  Seksyen 12-16A (Akta 172)

Merupakan satu dokumen rasmi yang mentafsirkan dasar-dasar dan cadangan-cadangan umum yang terkandung di dalam Rancangan Struktur Negeri (RSN) kepada bentuk fizikal yang lebih terperinci dan praktikal

Rancangan Tempatan Daerah Alor Gajah (RTD) disediakan bagi kawasan-kawasan yang dikenalpasti di dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)  Majlis Perbandaran Alor Gajah. Ia merupakan pelan terperinci yang menterjemahkan polisi-polisi dan cadangan-cadangan am yang terkandung dalam RSN.Selain itu RTD menunjukkan katogeri kegunaan tanah dengan dan disokong dengan pernyataan bertulis untuk menerangkan dasar-dasar dan butir-butir lanjut mengenai pembangunan tersebut.

Rancangan Tempatan Daerah Alor Gajah (Pengubahan 1) di Wartakan pada  10 September 2015

DEFINIASI RANCANGAN KAWASAN KHAS

Rancangan Kawasan Khas (RKK) merupakan suatu rancangan pemajuan yang terperinci untuk tujuan pelaksanaan berbandimg RTD. RKK mengandungi  cadangan-cadangan dan tindakan khusus untuk satu kawasan yang telah dikenalpasti oleh Pihak berkuasa Negeri / Tempatan bagi tujuan :-

 

  1. Pemajuan semula
  2. Pengolahan khas dan terperinci dengan cara pemajuan.
  3.  
  4.  
  5. Kaedah Pengelokkan yang dicadangkan fungsi RKK sebagai panduan terperinci dalam kawasan yang dikhaskan selain sebagi alat pembangunan yang teratur mengikut prosuder yang telah ditetapkan.

 

Rancangan Kawasan Khas (RKK) ini disediakan di bawah peruntukan Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) mengikut seksyen 16B (i), (ii) dan (iii), yang mana Pengarah JPBD / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bertanggungjawab untuk menyediakan Rancangan Kawasan Khas (RKK) ini.

RKK yang terdapat dalam kawasan MPAG adalah RKK Melaka World Solar Valley (MWSV) seluas 7,154.95 hektar dan RKK Kuala Linggi seluas 1,519.70  hektar. Kedua-dua RKK ini diwartakan bertarikh 21 Julai 2016.

 

Dokumen-dokumen ini boleh dirujuk di Jabatan Perancangan Bandar MPAG

Kemaskini Terakhir: Selasa, 19 Februari 2019 - 12:32pm