MENU

Dataran Keris Alor Gajah

  

Bagi Masyarakat Alor Gajah, keris merupakan lambang kemegahan orang melayu terutamanya sewaktu Perang Naning. Oleh itu Replika Keris ini dijadikan identiti utama Daerah Alor Gajah. Dataran Keris, Alor Gajah juga sering menjadi tumpuan untuk majlis-majlis rasmi dan program-program kemasyarakatan. Pelbagai kemudahan turut disediakan bagi kemudahan pengunjung, diantaranya adalah Pentas Terbuka, Bilik Persalinan, Taman Permainan Kanak-Kanak, Gerai, Tandas Awam. Selain itu, disini juga anda boleh beriadah bersama keluarga membuat aktiviti-aktiviti riadah seperti jigging dan sebagainya.

Dataran Alor Gajah
Malaysia
2° 22' 59.97" N, 102° 12' 25.1496" E
MY
Category: 
Kemaskini Terakhir: Selasa, 7 Julai 2020 - 9:50am