MENU

Kota Belanda

     

Kota Bukit Supai atau lebih dikenali sebagai Fort Supai yang terletak di Kuala Linggi. Kota Bukit Supai juga mempunyai kaitan dengan kesan penjajahan Belanda ke atas Melaka sekitar tahun 1750-an.  Kota Bukit Supai merupakan sebuah kubu yang dibina di atas kawasan berbukit berhampiran muara Sungai Linggi.  Kota Bukit Supai ini adalah hasil dari persefahaman perdamaian antara pihak Bugis dan Belanda. Kota ini juga merupakan sebagai tanda jajahan pihak Belanda bagi memantau pergerakan kapal dari Kuala Linggi ke selatan Selat Melaka. Selain pusat pertahanan, ia juga tempat mengutip cukai segala macam barangan, terutama bijih timah yang dibawa keluar melalui Sungai Linggi.

dutch fort kuala linggi
Malaysia
2° 23' 13.0992" N, 101° 58' 7.8888" E
MY
Kemaskini Terakhir: Rabu, 16 Oktober 2019 - 5:08pm