MENU

Makam Dato’ Dol Said

   

Dato' Dol Said merupakan pemerintah Naning yang ke-9 pada tahun 1802.Beliau merupakan seorang pemerintah yang lantang bersuara dan membantah pengenaan cukai yang dikenakan oleh British ke atas daerahnya. Dol Said secara keras membantah kemasukan tentera British di Naning dengan menunjukkan kebijaksanaannya di dalam Perang Naning 1834. Ini menjadikan Dol Said wira yang terkenal kerana keberaniannya serta mengukir nama dalam sejarah melayu Melaka. Abdul Said, atau lebih dikenali sebagai Dol Said dilahirkan pada tahun 1773, berketurunan suku semelenggang dan meninggal dunia pada tahun 1849 ketika berusia 76 tahun dan disemadikan di Tanah Perkuburan Taboh Naning.

makam dol said
Malaysia
2° 27' 7.2972" N, 102° 10' 52.2228" E
MY
Kemaskini Terakhir: Rabu, 16 Oktober 2019 - 5:08pm