MENU

HJ.ISMAIL BIN HJ.HASIM

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah

Assalamualaikum & selamat sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat melayari Laman Web Majlis Perbandaran Alor Gajah. Penyediaan laman web ini merupakan salah satu inisiatif yang diambil oleh pihak pengurusan Majlis untuk memberikan informasi terkini dengan lebih cepat, tepat, mudah dan berkesan bertepatan dengan visi korporat kami iaitu 'Menjadikan MPAG unggul berteraskan teknologi dan nilai-nilai murni selaras dengan cabaran globalisasi dalam membentuk komuniti yang progresif'.

Laman web ini juga dijadikan wadah yang memberikan perspektif yang menyeluruh berkenaan peranan, bidang tugas dan perkhidmatan yang diberikan oleh MPAG kepada masyarakat.

Saya yakin seluruh warga kerja MPAG akan berusaha sedaya upaya untuk memberikan komitmen yang jitu dan terbaik dalam melaksanakan perubahan dan pembaharuan untuk orang ramai di samping mewujudkan pembangunan lestari secara berterusan dan menepati hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadikan Melaka Negeri Maju pada tahun 2010.

Selaras dengan perisytiharaan Majlis Daerah Alor Gajah sebagai Majlis Perbandaran Alor Gajah pada 1 Mei 2003, saya berharap agar seluruh warga kerja MPAG dapat meningkatkan tahap pengetahuan dan kecekapan dalam perkhidmatan yang diberikan sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran-cabaran pembangunan sosio-ekonomi yang semakin kompleks.

Saya dan pihak pengurusan ingin merakamkan ucapan terima kasih sebagai tanda perhargaan kepada para pengunjung yang sudi mengunjungi laman web MPAG ini. Segala pertanyaan, pendapat mahupun komen yang diberikan oleh tuan-tuan dan puan-puan adalah amat dihargai dan insyaAllah segala maklumbalas yang diperlukan dari MPAG akan cuba dipenuhi.

Akhir kata, saya berharap agar paparan yang berkaitan dengan Alor Gajah dan MPAG di laman web ini dapat membantu dan memberikan manfaat kepada semua pihak.

Sekian, terima kasih.

Kemaskini Terakhir: Isnin, 17 Julai 2017 - 9:16am