MENU

Adakah anda mengesyaki atau mengetahui berlakunya sebarang salah laku atau rasuah di MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH? Jika ya, sila maklumkan hal ini kepada kami.

Borang Salah Laku


Kami berjanji :

  • Anda akan dilindungi dan identiti anda akan dirahsiakan.
  • Kami akan mengambil tindakan segera untuk menyiasat laporan anda.
  • Anda akan dilindungi melalui Akta Pemberi Maklumat 2010 dan Akta Perlindungan Saksi 2009.

Dasar pemberi maklumat

Kami menggalakkan pekerja kami, pelanggan kami dan orang ramai supaya melaporkan apa-apa kelakuan yang mungkin menyalahi undang-undang, tidak beretika atau perbuatan yang dianggap salah.

Dasar Pemberi Maklumat ini wujud untuk memastikan bahawa setiap pemberi maklumat dilindungi dan tidak boleh tertakluk kepada tindak balas, dan untuk memastikan bahawa kebimbangan mereka disiasat dengan sewajarnya.

Pemberi maklumat dilindungi daripada dibuang kerja atau dihukum oleh Majlis Perbandaran Alor Gajah, dan kami akan mempertimbangkan pengurangan hukuman jika pemberi maklumat itu sendiri terlibat dalam aktiviti yang dia laporkan. Kami akan mengkaji semula dasar kami setiap dua tahun untuk menilai keberkesanannya.

 

Yang Dipertua

Majlis Perbandaran Alor Gajah

 

 

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 26 Mei 2017 - 3:28pm