MENU

Muzium Adat Istiadat, Alor Gajah

   

Muzium ini mempamerkan pelbagai barangan antik, tradisional, peralatan pertanian lama,  koleksi gambar-gambar tokoh daerah dan senjata-senjata purba yang digunakan oleh masyarakat Melayu lama khusunya Melayu Minang. Muzium yang terletak di Dataran Keris turut memperagakan budaya dan pakaian tradisional masyarakat melayu Alor Gajah yang banyak dipengaruhi oleh budaya Minang dan Naning. Identiti senibina muzium ini berkonsepkan rumah tradisional melayu.

muzium alor gajah
Malaysia
2° 22' 59.952" N, 102° 12' 33.048" E
MY
Kemaskini Terakhir: Jumaat, 23 Ogos 2019 - 10:27am