MENU

Akta Kerajaan Tempatan 1976

Akta ini menggariskan bentuk, struktur organisasi, tugas dan tanggungjawab kerajaan tempatan secara menyeluruh. Tanggungjawab dalam hal ehwal perancangan bandar dan desa.

Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974

Akta ini pula menjelaskan beberapa peranan kerajaan tempatan berkaitan perparitan, penyenggaraan jalan bandaran   dan juga bangunan-bangunan awam. Di samping tiga akta yang dinyatakan ini, beberapa undang-undang lain termasuk  undang-undang kecil telah digubal dan dikuatkuasa bagi membantu melicinkan perjalanan kerajaan tempatan.

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976

Akta ini digubal bagi mengatasi kelemahan perancangan guna tanah di kawasan tempatan. Akta 172 ini meletakkan  tanggungjawab utama sebagai perancang fizikal di peringkat tempatan kepada kerajaan tempatan.

Pemberitahuan di bawah Seksyen 1 (2) Akta Perancang Bandar dan Desa 1976  

Akta itu pemakaian dalam Negeri-negeri hanya boleh dibuat pada suatu tarikh yang ditetapkan oleh Pihak berkuasa   Negeri yang berkenaan dengan persetujuan Menteri. Menteri disini bermaksud Menteri Kabinet yang bertanggungjawab  dalam hal ehwal perancangan bandar dan desa.

Pemberitahuan di bawah Subseksyen 4 (2) Akta Kerajaan Tempatan 1976  

Akta mengenai penukaran nama dan taraf, dan pengubahan sempadan-sempadan.

Kemaskini Terakhir: Isnin, 17 Julai 2017 - 9:16am