MENU

Kompleks Ikan Bakar Bakar Terapung Kuala Linggi

Disini makanannya memang segar, tambahan lagi jika anda dapat memilih sendiri ikan yang anda hajati. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menikmati makanan laut yang menakjubkan dari Restoran Terapung Fort Supai ini. Restoran ini juga menawarkan rasa yang hebat dengan harga yang berpatutan. Medan ikan bakar terapung ini mempunyai pemandangan yang cantik dengan keunikan kawasan hutan paya bakau semulajadi pasti sukar dilupakan.

Kuih Udang

Rugi jika datang ke Alor Gajah tetapi anda tidak singgah merasai kuih udang terkenal ini. Jangan terkejut barisan panjang yang beratur semata-mata untuk membungkus dan menikmati kuih udang lain daripada yang lain ini. Sesuai untuk anda datang makan petang sambil lepak bersama keluarga dengan hidangan santai yang pasti puas hati.

Kedainya yang terletak di Medan Selera Pasar Menggong, betul-betul di sebelah pasar Alor Gajah dan berdekatan dengan Alor Gajah Sentral.

.

Kemaskini Terakhir: Khamis, 20 September 2018 - 3:00pm