Waktu Beroperasi: (Isnin - Jumaat) 7.30 pagi - 5.30 petang
Kaunter Beroperasi 7.30 pagi - 5.30 petang
MPAG telah memperkenalkan pembayaran bil Cukai Taksiran melalui Maybank2u.com.my di mana setiap pembayar perlu mempunyai akaun Maybank yang telah berdaftar dengan Maybank2U. Anda hanya perlu memilih Majlis Perbandaran Alor Gajah untuk membuat pembayaran tersebut. Bayaran juga boleh dibuat melalui :- Pos Online dan Bank Simpanan Nasional.
Koordinat GPS: X: 102.2094841 Y:2.37763564 Lokasi GPS: N 02 22.695 E 102 12.547
AG Progresif
'Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau' 'Melaka Bebas Asap Rokok'
Permohonan Latihan Praktikal / Industri di Majlis Perbandaran Alor Gajah hendaklah dimohon melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Ketua Menteri Melaka. Berkuatkuasa serta merta.
Pihak MPAG sedang mengeluarkan notis e-Cukai taksiran bagi tempoh kedua 2011. Pemilik pegangan/ harta yang mempunyai tunggakan dinasihatkan supaya menjelaskan tunggakan bagi mengelakkan harta anda disita.
Operasi judi haram telah diadakan pada 14/09/2011. Sebanyak 27 set pc telah disita di Taman Sri Naning. 2 kompaun telah dikeluarkan atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen dan kebersihan premis.
Mulai bulan Ogos 2011 semua permohonan lesen baru / pembaharuan tempoh tamat akan tamat pada hari permohonan / pembaharuan dibuat.
MPAG akan mula mengeluarkan Bil Cukai Taksiran Tempoh Kedua Tahun 2011. Pemilik boleh mendapatkan bil cukai di MPAG. Bayaran boleh dibuat melalui cara pembayaran yang telah dinyatakan (rujuk maklumat penting). Denda lewat akan dikenakan mulai 1 September 2011.
MPAG sedang menjalankan operasi sita ke atas pegangan yang mempunyai tunggakan di kawasan taman perumahan perumahan dan rumah awam.Pemilik diminta jelaskan tunggakan dengan kadar segera.
Orang ramai dinasihatkan supaya membeli kupon letak kereta ketika meletakkan kenderaan bagi mengelakkan dikompaun oleh penguatkuasa MPAG.
Pemutihan lesen sedang dijalankan kepada semua pemegang lesen.
Ops ternakan terbiar dilaksanakan setiap hari bagi mengelakkan kemalangan jalan raya dan memelihara persekitaran yang bersih. Minta kerjasama penternak supaya dapat mengawal ternakan mereka.
Kadar kompaun parking yang dijelaskan dalam masa 24 jam akan dikenakan RM5.00.
Bermula 10 Mac 2011, MPAG akan menjalankan operasi sita bagi pemilik yang gagal menjelaskan cukai taksiran. Pemilik-pemilik dinasihatkan supaya segera menjelaskan sebarang cukai taksiran.
Kelulusan permohonan lesen tidak berisiko dalam masa 15 minit bermula di kaunter bayaran.
Sila jelaskan cukai taksiran anda bagi mengelakkan harta anda disita. Sila dapatkan Notis E- Cukai Taksiran anda di Pejabat MPAG atau cawangan berhampiran anda.
Kadar Bayaran Kompaun Bagi Unit Letak Kereta,Sila klik DISINI untuk maklumat lanjut.
Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) sedang dalam proses mengukur Indeks Kepuasan Pelanggan bagi meningkatkan lagi sistem penyampaian awam. Sukacita sekiranya tuan/puan dapat melapangkan masa dengan menjawab soal selidik yang disediakan.
Majlis Pelancaran OSC Online Kepada 10 PBT Secara Serentak.