ISO 9001 : 2008
(*sila klik untuk paparan sijil ISO)
Skop Pelaksanaan
Sistem Pengurusan Kualiti MPAG diwujudkan untuk melaksanakan aktiviti :-
Perkhidmatan perbandaran yang merangkumi Perancangan Pembangunan, Kelulusan Pelan Bangunan, Pengeluaran Lesen Premis Perniagaan dan Penilaian Harta dan Penguatkuasaan.
Dasar Kualiti
Dasar Kualiti bagi Majlis Perbandaran Alor Gajah ialah :-
- Memberikan komitmen padu kepada penambahbaikan yang berterusan dan Budaya Kerja Cemerlang bagi menjamin pembangunan serta perkhidmatan yang berkualiti.
- Komited untuk mematuhi keperluan-keperluan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 dengan peningkatan kualiti secara berterusan.
- Pencapaian dasar kualiti ini diukur melalui semakan semula objektif kualiti menerusi Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan untuk memastikan kesesuaiannya yang berterusan.
- Mengutamakan kehendak dan kepuasan pelanggan di dalam Sistem Pengurusan Kualiti sesuai dengan pelaksanaan dasar dan peraturan yang telah ditetapkan.