close
Bahasa Malaysia | English | Bahasa Lain
Kecilkan Teks | Besarkan Teks | Kembali ke Asal | Teks Warna Merah | Teks Warna Biru | Teks Warna Hijau | none | none | none | none
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman

Terma & Syarat

Di bawah adalah syarat-syarat penggunaan portal serta hak dan kewajipan anda semasa mengakses dan/atau menggunakan perkhidmatan di portal ini.

Sekiranya anda mengakses portal ini, ia merupakan pengakuan dan persetujuan bahawa anda terikat kepada syarat-syarat ini dan dengan ini, terbentuklah satu persetujuan di antara anda sebagai pelanggan, dan kami, bagi akses dan/atau penggunaan portal ini.

Syarat-syarat ini akan menggantikan syarat-syarat terdahulu yang anda terima atau akses menerusi portal ini. Penggunaan dan/atau akses anda kepada perkhidmatan ini seterusnya akan dianggap sebagai penerimaan syarat-syarat ini.
 

Had Tanggungjawab
 

Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan atau exemplary, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain akibat daripada:

  1. penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan ini;
  2. kos perolehan barangan dan perkhidmatan gantian berikutan pembelian sebarang barangan, data, maklumat atau perkhidmatan atau mesej yang diterima atau transaksi yang dibuat menerusi atau daripada portal  ini;
  3. akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran atau data anda;
  4. kenyataan atau tindakan pihak ketiga di portal ini; atau
  5. perkara-perkara lain yang berkaitan dengan portal ini.

 

Pautan

Kami boleh menyediakan pautan kepada laman web yang lain. Laman-laman web tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga dan oleh itu, kami tidak mempunyai kawalan ke atas laman dan sumber tersebut. Anda mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab terhadap laman dan sumber luar tersebut dan tidak menyokong serta tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan, iklan, produk atau bahan-bahan lain yang disediakan di laman dan sumber tersebut. Anda seterusnya mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh atau dipercayai sebagai sebabnya atau dikaitkan dengan penggunaan atau pergantungan ke atas kandungan, barangan atau perkhidmatan yang disediakan di atau menerusi laman atau sumber tersebut.
 

Penamatan

Kami boleh menamatkan akses anda ke mana-mana bahagian perkhidmatan atau seluruh perkhidmatan dan mana-mana perkhidmatan yang berkaitan pada bila-bila masa, dengan sebab atau tanpa sebab, dengan notis atau tanpa notis, dan berkuatkuasa serta-merta. Kami boleh juga menamatkan atau menggantung akaun anda yang tidak aktif, iaitu, didefinisikan sebagai kegagalan untuk menggunakan perkhidmatan portal menerusi akaun tersebut bagi suatu tempoh tertentu. Anda bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas penamatan akses kepada perkhidmatan tersebut.
 

Perubahan kepada Syarat-syarat Perkhidmatan

Kami mempunyai hak untuk membuat perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini pada bila-bila masa dengan memberi notis terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, dalam keadaan kecemasan atau demi menjaga keselamatan portal atau dalam keadaan di luar kawalan, di mana kami mendapati perlunya untuk mengubah, mengubahsuai, membatal atau menambah syarat-syarat ini, ia akan berbuat demikian tanpa notis terdahulu kepada anda. Adalah dipersetujui bahawa anda akan mengakses dan meneliti syarat-syarat ini dari semasa ke semasa untuk mengetahui sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan yang terkini. Anda selanjutnya bersetuju dan menerima bahawa akses secara berterusan dan penggunaan syarat-syarat (yang diubah atau diubahsuai dari semasa ke semasa) akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini.

Pages: 1  2  

Bookmark and Share
Paparan : 629
Tarikh Akhir Dikemaskini : 13 Mei 2011
Maklumat Penting

Tempoh Pembayaran Bil Cukai Taksiran

  • 1 Jan 2012 - 28 Feb 2012
  • 1 Julai 2012 - 31 Ogos 2012

Tempoh Pembaharuan Lesen

  • 1 Dis 2012 - 31 Dis 2012

Waktu Beroperasi:
(Isnin - Jumaat)
7.30 pagi - 5.30 petang


Kaunter Beroperasi
7.30 pagi - 5.30 petang

MPAG telah memperkenalkan pembayaran bil Cukai Taksiran melalui Maybank2u.com.my di mana setiap pembayar perlu mempunyai akaun Maybank yang telah berdaftar dengan Maybank2U. Anda hanya perlu memilih Majlis Perbandaran Alor Gajah untuk membuat pembayaran tersebut. Bayaran juga boleh dibuat melalui :-  Pos Online dan Bank Simpanan Nasional.

Pautan
PERKHIDMATAN KAMI
none Pusat Panggilan
none Pengurusan Sisa Pepejal
none e-Perkhidmatan
none OSC Atas Talian
  Panduan OSC Atas Talian
  MPAG OSC Atas Talian
  Borang Permohonan OSC
none Proses Kerja
none Mobile Web  

PEKERJAAN & PERNIAGAAN
none Peluang Pekerjaan 
none Peniagaan

STAF
none Web Mel
none Info Kakitangan

PENERBITAN
none Program Bandar Selamat
none Pelan Strategik 2010-2015
none Local Agenda 21 (LA21)

MY GOVERMENT  1malaysia  MAMPU  MSC  KPKT  Melaka 
  MyIdeas  mySMS  jobsmalaysia  Homestay Warisan Melaka   e-Aduan