Portal Rasmi

Majlis Perbandaran

Alor Gajah

Pusat Konversasi Dan Penerangan Penyu

D550079

Pusat Penerangan Penyu padang Kemunting  merupakan pusat konservasi untuk penyu karah hawksbill turtle (Eretmochelys Imbricata) yang merupakan antara penyu yang tercantik didunia. Dikenali sebagai “hawksbill turtle” kerana keunikan mulutnya yang menyerupai paruh burung helang.

Pusat pengeramannya boleh menampung 300 – 600 sarang telur penyu pada satu – satu musim bertelur. Setiap sarang penyu adalah sedalam 45cm  dan telur penyu biasanya akan mengambil masa lebih kurang 60 hari untuk menetas. Anak penyu yang menetas perlu dilepaskan ke laut dan akan kembali ke pantai kelahiran apabila matang.

Penyu karah adalah dilindungi di bawah Akta Perikanan 1985. Mengikut akta ini, hanya pemungut telur berlesen yang boleh memindah atau mengambil telur. Penyu Karah merupakan spesis yang sangat terancam. Kawasan pantai Padang Kemunting merupakan salah satu kawasan pendaratan penyu karah yang paling banyak mendarat yang pernah direkodkan di Negeri Melaka.

Sumber: Jabatan Perikanan Negeri Melaka

Galeri

Info Pantas

Alamat

Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu
Padang Kemunting,
78300 Masjid Tanah,
Melaka.

Skip to content