MENU

Cukai Taksiran

Soalan  :   Apa yang dimaksudkan dengan cukai taksiran?
Jawapan  : Cukai taksiran merupakan cukai ke atas perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan dan dinikmati secara langsung dan tidak langsung oleh pemilik-pemilik pegangan di dalam kawasan MPAG.
     
Soalan  : Mengapa cukai taksiran dikenakan ke atas tanah oleh MPAG?
Jawapan : Pengenaan cukai taksiran ini adalah selaras dengan peruntukan Akta Tempatan 1976 (Akta 171) di bawah Seksyen 127 yang membolehkan Majlis/PBT mengenakan cukai taksiran atau cukai am ke atas pegangan-pegangan yang terdapat di dalam kawasan pentadbiran Majlis.
     
Soalan  : Adakah cukai taksiran dikenakan bagi bangunan yang tidak diduduki atau kosong?
Jawapan : Ya, cukai taksiran dikenakan bagi bangunan yang tidak diduduki atau kosong. Walau bagaimanapun, permohonan remisi ke atas tempoh kekosongan boleh dilakukan dengan mengemukakan bukti sokongan bil elektrik/air atau diberi pertimbangan pengurangan cukai bagi tempoh kekosongan tersebut. Ini selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 1.62 Akta 171.
     
Soalan  : Bagaimanakah peratus kadar (%) ditentukan?
Jawapan : Peratus kadar (%) ditentukan berdasarkan lokasi pegangan dan pulangan ke atas perkhidmatan yang diberikan.
     
Soalan  : Bagaimana nilai tambah ditentukan bagi rumah yang diduduki?
Jawapan : Nilai tambah ditentukan mengikut tarikh penyediaan senarai nilaian yang digunapakai. Ia ditafsirkan mengikut Seksyen 2, Akta 171, 1976. Dalam erti lain, nilai tambah adalah harga yng seseorang pemunya sanggup dan tidak berwajipan untuk menjual, boleh mengharap secara berpatutan mendapat daripada seorang pembeli yang sanggup membeli dengannya pemunya itu sedang berunding, tentang penjualan dan pembelian pegangan itu.
     
Soalan  : Bolehkah pemilik membuat bantahan ke atas nilai tambah?
Jawapan : Boleh, pemilik boleh mengemukakan bantahan secara bertulis tidak lewat dari 10 hari sebelum tarikh pindaan senarai nilaian pegangan tersebut.
     
Soalan  : Bagaimanakah keputusan Jawatankuasa Rayuan Cukai dimaklumkan?
Jawapan : Keputusan Jawatankuasa Rayuan Cukai akan dimaklumkan kepada pemilik secara surat bertulis.
     
Soalan  : Bilakah tempoh bayaran bagi bil-bil cukai taksiran?
Jawapan : Bayaran cukai perlu dijelaskan:- a) Setengah tahun pertama (1 hb Januari hinga 31hb Mac) b) Setengan tahun kedua (1 hb Julai hingga 30hb September. Tarikh akhir bayaran pada 30hb September setiap tahun)
     
Soalan  : Bilakah bil-bil cukai taksiran akan dikeluarkan?
  : Bil-bil cukai taksiran akan dikeluarkan 2 kali setahun iaitu pada 1 Januari dan 1 Julai.
     
Soalan  : Adakah bayaran perlu dibuat jika rumah tersebut tidak didiami?
Jawapan : Sekiranya premis/bangunan seseorang itu tidak didiami, pemilik pegangan boleh membuat rayuan remisi ke atas tempoh kekosongan dengan mengemukakan bukti kekosongan yang terdiri daripada bil elektrik/air atau pengesahan daripada TNB/ SAMB. Pertimbangan akan dibuat bagi tempoh kekosongan tersebut.
     

Lesen

Soalan :   Apakah jenis-jenis borang permohonan perniagaan yang ditawarkan kepada umum?
Jawapan  : a) Borang A : Borang Permohonan Lesen Kilang / Perniagaan / Sektor / Kantin & Iklan b) Borang B : Borang Permohonan Lesen Tapak Penjaja / Gerai Dalam Kedai / Penjaja / Kereta Tolak / Pasar Malam & Lesen Sementara c) Borang C : Borang Permohonan Lesen Iklan / Billboard / Unipole / Papan Tanda / Kain Rentang / Banner / Poster d) Borang D : Borang Permohonan Lesen Hiburan Awam  
     
Soalan : Berapakah harga untuk satu borang permohonan lesen?
Jawapan : Percuma  
     

Kompaun letak kereta

Soalan :   Berapakah denda yang biasa dikenakan oleh mahkamah?
Jawapan  : Sesiapa yang melanggar sebarang peruntukan di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) MPAG 2007, apabila disabitkan bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 300.
     

 Jika Maklumat ini tidak mencukupi sila hubungi :-

 Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
 Rosnani binti Ibrahim
 Pengarah Penilaian dan Pengurusan Harta
 rosnani@mpag.gov.my

 Jabatan Perkhidmatan Perbandaran
 Hajah Marina binti Rasol
 Pengarah Perkhidmatan Perbandaran
 marina@mpag.gov.my

 Jabatan Perundangan dan Penguatkuasaan
 Hajah Fatimah binti Haji Othman
 Pengarah Perundangan dan Penguatkuasaan
 fatimah@mpag.gov.my

Kemaskini Terakhir: Selasa, 16 Julai 2019 - 6:05pm