Portal Rasmi

Majlis Perbandaran

Alor Gajah

Akta

Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)

Akta ini menggariskan bentuk, struktur organisasi, tugas dan tanggungjawab kerajaan tempatan secara menyeluruh. Tanggungjawab dalam hal ehwal perancangan bandar dan desa.

Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)

Akta ini pula menjelaskan beberapa peranan kerajaan tempatan berkaitan perparitan, penyenggaraan jalan bandaran dan juga bangunan-bangunan awam. Di samping tiga akta yang dinyatakan ini, beberapa undang-undang lain termasuk undang-undang kecil telah digubal dan dikuatkuasa bagi membantu melicinkan perjalanan kerajaan tempatan.

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) digubal bagi mewujudkan satu sistem kawalan dan peraturan perancangan yang teratur serta seragam di dalam mengawal pembangunan di setiap kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) di Semenanjung Malaysia. Ia memberi tanggungjawab yang besar kepada PBPT di dalam mentadbir sistem pengawalan perancangan dan seterusnya meluluskan permohonan-permohonan pembangunan berdasarkan prosedur Kebenaran Merancang (KM).

Skip to content