Portal Rasmi

Majlis Perbandaran

Alor Gajah

Teknologi Maklumat

Ketua Jabatan Teknologi Maklumat

Nur Idham Bin Idris

Fungsi

Jabatan ini bertanggungjawab Merancang Pelan Strategik Pembangunan ICT, Menguruskan  Perolehan dan Pembayaran, Membuat Kajian Proses Kerja Untuk Komputerisasi, Merancang Pembangunan dan  Penambahbaikan Sistem ICT Majlis, Menguruskan Penyelenggaraan dan Perkakasan. Selain itu juga, Jabatan ini menguruskan Laman Web dan Sistem Aplikasi serta Merancang dan menyediakan Latihan baru dan ICT. Jabatan Teknologi Maklumat terbahagi kepada dua bahagian iaitu :-

BAHAGIAN SISTEM APLIKASI

1. Mengurus dan menyelia sistem operasi Majlis
2. Menyelia dan membuat proses backup data bagi semua sistem utama
3. Menyelaras penggunaan sistem ICT Majlis
4. Mengurus dan Menyelia data kutipan agensi
5. Pegurusan data bagi pembangunan sistem baru
6. Menyelia Program Kualiti ICT bagi penyelenggaraan sistem aplikasi dan backup data
7. Urusetia Jawatankuasa Pemandu ICT
8. Penyediaan dasar keselamatan ICT dan pemulihan bencana
9. Pengurusan perolehan perisian ICT
10. Pengurusan pelupusan aset ICT
 
BAHAGIAN RANGKAIAN
 
1. Pengurusan rangkaian LAN dan WAN (intranet, internet dan metro-e)
2. Mengurus dan menyelia sistem kawalan keselamatan firewall majlis
3. Mengurus dan mengemaskini antivirus 
4. Mengurus dan menyelenggara perkakasan dan perisian komputer 
5. Mengurus dan menyelia sistem CCTV
6. Mengurus, merekabentuk dan menyelenggara Laman Web Majlis
7. Pengurusan Perolehan perkakasan ICT
8. Menguruskan peminjaman peralatan ICT
9. Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Laman Web
10.Mengurus dan menyelia e-mel 
Skip to content