Perutusan YDP

Assalamualaikum & selamat sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat melayari Laman Web Majlis Perbandaran Alor Gajah. Penyediaan laman web ini merupakan salah satu inisiatif yang diambil oleh pihak pengurusan Majlis untuk memberikan informasi terkini dengan lebih cepat, tepat, mudah dan berkesan bertepatan dengan visi korporat kami iaitu ‘Menjadikan MPAG unggul berteraskan teknologi dan nilai-nilai murni selaras dengan cabaran globalisasi dalam membentuk komuniti yang progresif’.

Laman web ini juga dijadikan wadah yang memberikan perspektif yang menyeluruh berkenaan peranan, bidang tugas dan perkhidmatan yang diberikan oleh MPAG kepada masyarakat.

Saya yakin seluruh warga kerja MPAG akan berusaha sedaya upaya untuk memberikan komitmen yang jitu dan terbaik dalam melaksanakan perubahan dan pembaharuan untuk orang ramai di samping mewujudkan pembangunan lestari secara berterusan dan menepati hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadikan Melaka Negeri Maju pada tahun 2035.

Selaras dengan perisytiharaan Majlis Daerah Alor Gajah sebagai Majlis Perbandaran Alor Gajah pada 1 Mei 2003, saya berharap agar seluruh warga kerja MPAG dapat meningkatkan tahap pengetahuan dan kecekapan dalam perkhidmatan yang diberikan sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran-cabaran pembangunan sosio-ekonomi yang semakin kompleks.

Saya dan pihak pengurusan ingin merakamkan ucapan terima kasih sebagai tanda perhargaan kepada para pengunjung yang sudi mengunjungi laman web MPAG ini. Segala pertanyaan, pendapat mahupun komen yang diberikan oleh tuan-tuan dan puan-puan adalah amat dihargai dan insyaAllah segala maklumbalas yang diperlukan dari MPAG akan cuba dipenuhi.

Akhir kata, saya berharap agar paparan yang berkaitan dengan Alor Gajah dan MPAG di laman web ini dapat membantu dan memberikan manfaat kepada semua pihak.

Sekian, terima kasih.

YBrs Tuan TPr. Saifuddin bin Abdul Karim
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Alor Gajah

Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG),
Lebuh AMJ,
78000 Alor Gajah,
Melaka, Malaysia.

GPS : 2.3820644,102.209822

TALIAN AM : 06-333 3333 | 06-556 1010 | 06-556 2575
FAKS : 06-556 4909
E-MEL : mpag@mpag.gov.my

Paparan Terbaik :  Menggunakan Versi Terkini Microsoft Edge / Mozilla Firefox  / Google Chrome ke atas Dengan Resolusi 1366 x 768 atau peranti responsif.
Penafian : Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) Tidak Bertanggungjawab Terhadap Sebarang Kehilangan Atau Kerosakan Yang Dialami Kerana Menggunakan Maklumat Dalam Laman Ini.

Portal Rasmi Majlis Perbandaran Alor Gajah

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

Senarai Taman Dan Rumah Awam Di Dalam Daerah Alor Gajah MELAKAPAY

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)

Kemaskini Terakhir : 16 May 2024 @ 12:17 pm | Jumlah Pelawat : 1171587

Skip to content