Portal Rasmi Majlis Perbandaran Alor Gajah

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

Senarai Taman Dan Rumah Awam Di Dalam Daerah Alor Gajah MELAKAPAY

SOALAN LAZIM PBTPAY (FAQ)

Aplikasi PBTPay untuk bayaran parkir dalam kawasan MPAG mula digunakan pada 1 Jun 2026.

Aplikasi PBTPay boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Play Store untuk peranti Android atau Apple App Store untuk peranti iOS.

  1. Buka aplikasi parkir PBTPay dan log masuk ke akaun anda.
  2. Pilih menu Parkir
  • Pilih PBT dan lokasi atau aktifkan GPS pada telefon pintar anda untuk mendapatkan carian lokasi mengikut kedudukan telefon pintar.
  1. Masukkan nombor pendaftaran kenderaan
  2. Tetapkan tempoh parkir yang dikehendaki
  3. Klik butang ‘Bayar’ dan gunakan baki token

Ya, anda boleh menambah nilai token dalam dompet digital aplikasi mengikut amaun pilihan anda (Kadar minimum adalah RM10.00).

Ya. Semua PBT di Negeri Melaka menggunakan aplikasi yang sama. Walaubagaimanapun pengguna perlu memilih lokasi parkir mengikut PBT. Lebih mudah dengan mengaktifkan GPS telefon pintar kerana lokasi akan ditentukan berdasarkan kedudukan telefon pintar.

Sepanjang tempoh peralihan,kupon gores masih boleh digunakan. Ahli keluarga dan kenalan yang mempunyai telefon pintar juga boleh membantu membuat pembayaran melalui aplikasi ini.

Ya, anda boleh menambah beberapa nombor pendaftaran kenderaan di dalam profil akaun aplikasi PBTPay Mobil. Ciri ini memudahkan anda membuat pembayaran parkir untuk kenderaan sendiri, ahli keluarga, atau kenderaan syarikat tanpa perlu memasukkan nombor plat berulang kali.

Sistem PBTPay ini diintegrasikan secara terus dengan sistem semakan penguatkuasa PBT masing-masing.

  1. Penguatkuasa hanya perlu mengimbas (scan) atau memasukkan nombor pendaftaran kenderaananda ke dalam peranti semakan mereka.

       2. Status bayaranaktif anda akan dipaparkan secara masa nyata (real-time). Anda tidak perlu meletakkan sebarang resit atau kupon fizikal pada papan pemuka (dashboard) kereta

Ya, aplikasi PBTPay Mobil dilengkapi dengan fungsi notifikasi pintar. Aplikasi akan menghantar amaran ke telefon bimbit anda beberapa minit sebelum tempoh masa parkir tamat, membolehkan anda melanjutkan (extend) masa parkir dari jarak jauh tanpa perlu kembali ke kenderaan.

Sekiranya anda tersalah memilih PBT (contohnya, anda berada di kawasan Majlis Perbandaran Alor Gajah tetapi memilih Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah), bayaran tersebut dianggap tidak sah untuk kawasan semasa anda. Anda berisiko dikenakan kompaun oleh penguatkuasa tempatan. Sila pastikan papan tanda jalan atau logo PBT di kawasan tersebut sebelum mengesahkan pembayaran.

Semua sejarah transaksi disimpan secara digital. Anda boleh menyemaknya melalui:

  1. Log masuk ke aplikasiPBTPay Parkir.
  2. Klik pada menu “Rekod Bayaran”untuk melihat, memuat turun, atau mencetak resit rasmi bagi tujuan rujukan atau tuntutan (claims) syarikat.

Pengguna disarankan untuk sentiasa mengemaskini aplikasi PBTPay di Google Play Store atau Apple App Store bagi memastikan pepijat (bugs) diselesaikan. Jika transaksi anda gagal tetapi wang telah ditolak, atau terdapat masalah teknikal, anda boleh menghubungi Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) melalui emel kepada pbtpay@kpkt.gov.my

Boleh. Penggunaan kupon gores masih boleh digunakan sepanjang tempoh peralihan daripada kupon kepada digital atau aplikasi telefon pintar.

Kenyataan tersebut merujuk kepada pengguna yang masih menyimpan kupon gores boleh terus menggunakannya selagi kupon tersebut masih sah laku. MPAG atau ejen jualan tidak akan menjual buku kupon gores yang baharu setelah stok habis. Sebaik sahaja kupon di tangan habis, pengguna mesti beralih menggunakan aplikasi digital yang ditetapkan di kawasan tersebut.

Pengguna dinasihatkan menyemak nombor kenderaan sebelum membuat pembayaran. Bayaran yang telah berjaya  tidak boleh dipinda atau dipulangkan.

Pengguna boleh:

  • Semak semula status transaksi dalam aplikasi
  • Tunggu beberapa minit untuk pengemaskinian sistem
  • Hubungi pihak MPAG atau PBTPay dengan bukti transaksi jika masalah berterusan
X
Majlis Perbandaran Alor Gajah
Skip to content